02 April 2009 merupakan hari ulang tahun ke-6 anak ke-empat aku. Satu majlis sambutan harijadi telah diadakan oleh guru Tadika mereka secara beramai2. Seramai 15 orang yang lahir dari bulan Januari hingga Jun telah diraikan bersama. Para ibubapa murid turut sama meraikan dengan membawa kek untuk anak masing2 beserta beberapa jenis juadah.
Hari itu aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat hadir untuk sama2 meraikan sambutan harijadi anak aku...Kerana kesibukan kerja yang juga kebetulan mendapat kunjungan pegawai atasan kami, aku hanya sempat mengirimkan kemera untuk merakamkan saat2 manisnya bersama kawan2nya.
Mohd. Hilmi Hakimi, yang berbaju Melayu
Dengan penuh harapan, berpesan agar aku
dapat hadir pada hari itu. Tapi akhirnya, hanya makciknya yang dapat menemankannya. Untukmu anakku, walaupun ibu tidak berada di situ, ibu tetap menyayangimu. Peluk cium dari ibu sebagai hadiah harijadimu. Emmmma...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan