JellyPages.com

Sabtu, 28 Januari 2012

Aku juga sedang memikirkan dan merenungkan maksud mimpi aku beberapa malam yang lalu...aku melihat air yang mengalir deras dari semua arah, dari semua penjuru bangunan indah mencakar langit, sehinggakan hampir melitupi semua bangunan yang indah itu...semua penghuni yang tidak aku kenali berlari mencari tempat tertinggi, termasuklah kebukit2 tinggi untuk menyelamatkan diri, namun bukit2 tinggi itu juga ternyata sudah dilitupi air...hanya aku, suami dan anak2ku dan beberapa org yang aku kenal berjaya berada di salah satu bangunan tinggi itu...bangunan itu juga hampir tumbang menyembah bumi, namun masih dpt bertahan dengan laungan azan dari kami semua yang ada di situ....sehingga ke hari ini aku masih mencari tafsirnya...apakah itu petanda suatu lagi bencana alam akan berlaku? palis2 jauhkan bala... atau ianya hanya mainan tidur....Allahuakbar....hanya dia yang Maha mengetahui....

Khamis, 29 Disember 2011

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu..........

Hari ini tanggal 29 Disc 2011..........tinggal 2 hari lagi...kita akan melangkau ke tahun baru...2012...apakah azam 2011 sudah tercapai?...atau masih ada yang terkapai-kapai?...
Apapun ke adaannya, tahun baru atau tahun lama, sebenarnya adalah sama...yang berubah hanyalah nombor dan angka, dan usia kita...adakah usia kita makan panjang atau makin pendek?...semuanya ketentuan Allah...Dialah yang Maha kuasa...kita hambaNya hanya perlu untuk menyedarkan diri agar sentiasa memperbaiki diri dari semua segi...baik kehidupan, kejayaan, kecantikan, kesihatan terutama keimanan...siapalah kita jika tiada izin daripadaNya...oleh janganlah mudah berputus asa...jadikan kegagalan lepas sebagai panduan dan pedoman masa mendatang....selagi Allah masih menizinkan kita menempati bumiNya yang bertuah ini....selagi itulah kita masih berpeluang memperbaiki diri...tapi ingat...semua kebaikan dan kejayaan itu tidak datang sendiri...berdoalah dan berusahalah selagi kita bernyawa...amiiinnnn...

Sabtu, 4 Julai 2009

Petua merebus telur

Telur separuh masak

Basuh telur (4 - 5 biji/mengikut kuantiti yang dikehendaki) kemudian masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Keluarkan telur dari air rebusan selepas 1 minit (bagi kuantiti yang sedikit)

Kulit telur rebus tidak melekat

Basuh telur kemudian masukkan kedalam air yang sedang mendidih. Rebus hingga masak.

Ahad, 28 Jun 2009

Happy birthday MIMI

2 my dear son, Mohd. Hilmi Hakimi. Happy birthday to you.

02 April 2009 merupakan hari ulang tahun ke-6 anak ke-empat aku. Satu majlis sambutan harijadi telah diadakan oleh guru Tadika mereka secara beramai2. Seramai 15 orang yang lahir dari bulan Januari hingga Jun telah diraikan bersama. Para ibubapa murid turut sama meraikan dengan membawa kek untuk anak masing2 beserta beberapa jenis juadah.
Hari itu aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat hadir untuk sama2 meraikan sambutan harijadi anak aku...Kerana kesibukan kerja yang juga kebetulan mendapat kunjungan pegawai atasan kami, aku hanya sempat mengirimkan kemera untuk merakamkan saat2 manisnya bersama kawan2nya.
Mohd. Hilmi Hakimi, yang berbaju Melayu berwarna kelabu asap dan berkopia putih.
Dengan penuh harapan, berpesan agar aku
dapat hadir pada hari itu. Tapi akhirnya, hanya makciknya yang dapat menemankannya. Untukmu anakku, walaupun ibu tidak berada di situ, ibu tetap menyayangimu. Peluk cium dari ibu sebagai hadiah harijadimu. Emmmma...

Khamis, 25 Jun 2009

Alkisah tersebutlah satu cerita....

Adalah satu cerita zaman muda2 dulu kala. Pada suatu petang, adalah sorang sedang duduk rehat melepaskan penat dibangku rehat(goyang). Syok. memang syok. Mana tidaknya. Bangku rehat orang kaya, kata orang kampung aku. La. Milik abang ipar aku....

Dulu2 punya cerita, kita orang pi sekolah dengan berjalan kaki. Jauh pula tu. Tapi, itu dulu. Binatang buas sudah jauh berpindah. Orang buas, lagilah tak ada. Kita orang ke sekolah jalan kaki ramai2. Balik dari sekolah, kita orang tak tension. Kita orang nyanyi ramai2. Sampai rumah azan magrib berkumandang. Walaupun penat tapi kita orang hapyy.

Alkisahnya begini. Yang sorang duduk di bangku rehat tadi terlihatlah senaskah surat khabar atas meja. Tajuk berita depan tu, menarik perhatian. Tak buang masa, aku ambil, dan aku baca. Lepas itu belek muka surat seterusnya. Aku ni, dulu-dulu minat sangat tengok kartun dalam surat khabar. Walaupun hitam putih, tapi, ceritanya memang menarik. Dalam banyak2 kartun hari tu, aku terpandang satu kartun. Iannya sangat lucu bagi aku. Penulis kartun aku tak ingat sebab sudah 25 tahun berlalu. namun ceritanya masih segar dalam kepala hotak aku.
Kartun bersiri itu menggambarkan seorang tua duduk membaca surat khabar di bangku rehat(bangku goyang). Oleh kerana terlalu syoknya dia membaca, dia tidak sedar bangku rehatnya berayun semakin laju. Pap!!! ha!ha!ha!ha! Dia jatuh terlungkup dibawah bangku rehat. Apa lagi. Akupun ketawalah terbahak-bahak. Pap!!!. Ha? Apa dah jadi? Kenapa gelap?...Aduh! sakitnya kepala aku.Ya Allah!. Rupanya aku terlingkup sama bawa bangku rehat. Kah!Kah!Kah!Kah! Semua warga rumah aku ketawakan aku. Malunya aku....