Adalah satu cerita zaman muda2 dulu kala. Pada suatu petang, adalah sorang sedang duduk rehat melepaskan penat dibangku rehat(goyang). Syok. memang syok. Mana tidaknya. Bangku rehat orang kaya, kata orang kampung aku. La. Milik abang ipar aku....
Dulu2 punya cerita, kita orang pi sekolah dengan berjalan kaki. Jauh pula tu. Tapi, itu dulu. Binatang buas sudah jauh berpindah. Orang buas, lagilah tak ada. Kita orang ke sekolah jalan kaki ramai2. Balik dari sekolah, kita orang tak tension. Kita orang nyanyi ramai2. Sampai rumah azan magrib berkumandang. Walaupun penat tapi kita orang hapyy.
Alkisahnya begini. Yang sorang duduk di bangku rehat tadi terlihatlah senaskah surat khabar atas meja. Tajuk berita depan tu, menarik perhatian. Tak buang masa, aku ambil, dan aku baca. Lepas itu belek muka surat seterusnya. Aku ni, dulu-dulu minat sangat tengok kartun dalam surat khabar. Walaupun hitam putih, tapi, ceritanya memang menarik. Dalam banyak2 kartun hari tu, aku terpandang satu kartun. Iannya sangat lucu bagi aku. Penulis kartun aku tak ingat sebab sudah 25 tahun berlalu. namun ceritanya masih segar dalam kepala hotak aku.
Kartun bersiri itu menggambarkan seorang tua duduk membaca surat khabar di bangku rehat(bangku goyang). Oleh kerana terlalu syoknya dia membaca, dia tidak sedar bangku rehatnya berayun semakin laju. Pap!!! ha!ha!ha!ha! Dia jatuh terlungkup dibawah bangku rehat. Apa lagi. Akupun ketawalah terbahak-bahak. Pap!!!. Ha? Apa dah jadi? Kenapa gelap?...Aduh! sakitnya kepala aku.Ya Allah!. Rupanya aku terlingkup sama bawa bangku rehat. Kah!Kah!Kah!Kah! Semua warga rumah aku ketawakan aku. Malunya aku....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan